Kerajaan cadang perkenal kad skor untuk pelaburan, insentif 

Kerajaan cadang perkenal kad skor untuk pelaburan, insentif 

LIEW Chin Tong (dua kanan) bersama Pengarah Negara Bank Dunia untuk Filipina, Malaysia dan Brunei, Dr Zafer Mustafaglu (tengah) melancarkan Laporan Pendedahan ESG Suruhanjaya Sekuriti Bank Dunia pada Persidangan Suruhanjaya Sekuriti Bank Dunia 2024 di Kuala Lumpur, semalam.–UTUSAN/SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan bercadang memperkenalkan kad skor yang jelas bagi pelaburan dan insentif selaras dengan Aspirasi Pelaburan Baharu (NIA) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP).  

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Liew Chin Tong berkata, usaha ini memerlukan kerjasama dengan agensi termasuk Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Sekuriti, MITI dan Kementerian Kewangan (MOF).

“Syarikat-syarikat yang kami beri insentif diminta menjelaskan kepada kerajaan sumbangannya kepada inovasi dan teknologi Malaysia.

“Ini adalah sesuatu yang saya harap, apa pun yang kita lakukan hari ini, kita perlu membina penyelidikan dan pembangunan (R&D) Malaysia. Kita mesti membina keupayaan teknologi Malaysia,” katanya dalam ucaptama sempena Persidangan Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Bank Dunia, di sini, semalam. 

Menurut Chin Tong, kad skor tersebut boleh digunakan untuk mengukur pelaburan berkualiti tinggi melalui enam tonggak NIA.

Jelasnya, ini meliputi meningkatkan kompleksiti ekonomi, mencipta peluang pekerjaan bernilai tinggi, memperluas hubungan domestik, membangunkan kluster ekonomi baharu dan sedia ada, meningkatkan keterangkuman dan elemen alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

“Untuk Malaysia mencapai tahap seterusnya dan mempunyai pertumbuhan yang tinggi dan mampan, pasaran modal dan semua pihak perlu bekerjasama untuk merebut peluang yang datang sekali dalam generasi ini bagi menjadikan Malaysia sebuah kuasa ekonomi serantau,” katanya. 

Dalam pada itu, SC dan Bank Dunia melancarkan laporan bersama bertajuk Penilaian Pendedahan ESG ke atas syarikat tersenarai Malaysia dan cadangan pembangunan dasar pada persidangan tersebut.

Laporan ini menyediakan garis dasar mengenai amalan pelaporan ESG di Malaysia, menawarkan pandangan utama untuk syarikat dan pelabur bagi meningkatkan pelaporan kemampanan agar sejajar dengan amalan terbaik antarabangsa dan untuk kekal berdaya saing.

la bertujuan untuk memberi analisis terhadap keadaan semasa berkaitan pendedahan

ESG dalam kalangan syarikat tersenarai dan pelabur institusi, memandangkan kepentingan ESG dan pelaburan kemampanan yang semakin meningkat di peringkat global.

Ia juga menyediakan refleksi dan cadangan untuk penggubal dasar dalam pasaran modal Malaysia untuk menggalakkan pelaporan ESG yang lebih baik, memastikan ia kekal relevan dan konsisten di peringkat global.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Pasaran Modal Islam SC, Sharifatul Hanizah Said Ali menekankan kepentingan mengukuhkan pendedahan ESG ketika permintaan global untuk pelaburan mampan semakin meningkat.

“Laporan bersama ini mencerminkan komitmen berterusan kami untuk memupuk pasaran modal yang lebih mampan. Amalan pendedahan ESG yang lebih baik dijangka mengukuhkan keyakinan pelabur dan memastikan pasaran kekal berdaya saing dan bersedia untuk masa hadapan,” katanya.

Laporan itu adalah berdasarkan penilaian mendalam yang dijalankan antara Ogos dan Disember 2023.

la meneliti amalan pendedahan ESG bagi sampel wakil 90 syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia serta proses dalam beberapa pemilik aset terbesar Malaysia.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN