Astrum Shah Alam, TOD dengan gaya hidup bandar moden

Astrum Shah Alam, TOD dengan gaya hidup bandar moden

ASTRUM Shah Alam menggabungkan ruang kediaman, komersial dan rekreasi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIA Awan Group melancarkan pembangunan berorientasikan transit (TOD), Astrum Shah Alam yang menggabungkan ruang kediaman, komersial dan rekreasi di tengah-tengah Seksyen 14, Shah Alam.

Pembangunan yang terletak kira-kira 20 meter dari perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Stesen Dato Menteri itu menawarkan gaya hidup bandar moden.

Ia direka untuk pelbagai lapisan masyarakat, termasuk profesional muda, pasangan muda yang menikmati mobiliti melalui pengangkutan awam, keluarga kecil dan pesara yang menghargai alam semula jadi dan taman. 

Ketua Pegawai Operasinya, James Andrew Bruyns berkata, pihaknya sangat teruja untuk mengumumkan bahawa dua menara pertamanya iaitu Horizon dan Metro telah mencapai kadar pengambilan yang mengagumkan sebanyak 80 peratus.

“Sebagai tindak balas kepada permintaan yang luar biasa ini, kami teruja untuk membuka pendaftaran untuk Menara C, Apex yang akan menambah nilai lebih kepada komuniti yang luar biasa ini,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif, Ng Teck Hua berkata, Setia Awan Group berdedikasi untuk meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia.

“Misi kami adalah untuk mencipta pembangunan berkualiti yang menyediakan bukan sahaja rumah tetapi juga pengalaman gaya hidup yang komprehensif.

“Kami berusaha untuk memastikan pelanggan kami mempunyai akses kepada banyak sumber dan kemudahan dalam komuniti mereka, memenuhi keperluan dan keinginan mereka setiap langkah,” ujarnya.

Astrum Shah Alam berkeluasan 1.4 hektar menawarkan 1,252 unit, antara 570 hingga 1,065 kaki persegi.

Penduduk akan menikmati lebih daripada 50 kemudahan di podium kemudahan di tingkat sembilan, memberikan pengalaman hidup yang benar-benar sihat.

“Ciri-ciri utama Astrum Shah Alam termasuk Park Avenue berlandskap indah yang ditanam dengan pokok Sakura, jalan raya komersial, taman Zen yang tenang dan teres berkelah yang sesuai untuk perhimpunan bersama rakan dan keluarga.

“Bagi penggemar aktiviti luar, terdapat ‘fire pits’ dan kemudahan sukan seperti gelanggang bola keranjang dan sepak takraw.

“Komuniti ini juga mempunyai kolam pusingan 50 meter dan gimnasium yang lengkap, memenuhi keperluan kecergasan dan masa lapang,” tambahnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN