Sijil halal bantu Zamzum Global tembusi pasaran UK

Sijil halal bantu Zamzum Global tembusi pasaran UK

MOHAMMAD Zamzum Duhari menunjukkan produk pes makanan yang dikeluarkan oleh Zamzum Global.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat penjualan pes masakan, Zamzum Global meningkat sebanyak 80 peratus jualan selepas memperoleh sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sehingga menembusi pasaran di United Kingdom (UK) atas bimbingan Halal Street serta kerjasama Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade). 

Pengasasnya, Mohammad Zamzum Duhari, 36 berkata, sebelum mendapat pensijilan halal produk hanya mencapai 30 peratus jualan.

“Saya telah memohon sijil halal pada Jun 2023 dan telah lulus pada 16 Jun lalu. Alhamdulillah anggaran sebulan sebelum ini di bawah RM1, 500 dan selepas mendapat halal meningkat sehingga 80 peratus,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia. 

Mohammad Zamzun berkata, dia menjual pes masakan dengan harga RM18 iaitu pes sambal, pes asam, pes pedas, pes kari, pes rendang, pes oden, pes nasi goreng dan pes lada hitam, manakala sambal penyet nenas (RM6) yang sedia untuk dimakan (RTE). 

“Alhamdulillah, produk pes sudah banyak terjual kepada suri rumah kerana memudahkan mereka, manakala chef hotel atau restoran pula dapat memastikan kualiti rasa masakan akan sentiasa sama, walaupun pekerja bertukar ganti menggunakan pes ini. 

“Lebih menyakinkan, kini produk kami telah menembusi pasaran antarabangsa iaitu UK dengan adanya pensijilan halal ini,” katanya. 

Muhammad Zamzum berkata, pensijilan halal menarik pemilik hotel dan restoran mendapatkan produk pes makanan mereka. 

Beliau turut menasihatkan mana-mana usahawan belum memohon sijil halal agar memohon segera kerana pelbagai faedah yang boleh diterima terima termasuk peningkatan produk jualan dan pelbagai agensi kerajaan akan tampil membantu untuk menambah baik produk.

“Selepas ada sijil halal, sasaran jualan bukan hanya tertumpu kepada orang beragama Islam semata-mata namun, ia meningkatkan kepercayaan pelanggan bahawa produk itu selamat dimakan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×