ISKANDAR PUTERI: Zon Kewangan Khas (SFZ) Forest City, di sini bakal menjadi lokasi pertama, sekali gus hab bagi pejabat kekayaan keluarga atau firma pengurusan individu kaya, khususnya di rantau ini. Antara tarikan yang diberi menerusi skim itu termasuk sifar cukai terhadap keuntungan pelaburan yang diperoleh bagi tempoh beberapa tahun. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, inisiatif dikenali sebagai Skim Pejabat Keluarga Tunggal itu akan diselaraskan oleh Suruhanjaya…










