PETALING JAYA: Persatuan Pengusaha Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta) mohon Kadar Dasar Semalaman (OPR) diturunkan sebanyak 25 mata asas dalam mesyuarat kelima Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) Jumaat ini. Pengerusinya, Datuk William Ng berkata, pihaknya berharap penurunan dapat dilakukan memandangkan terdapat kemungkinan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) memotong kadar faedah dalam masa terdekat. “OPR sedia ada adalah pada paras 3.00 peratus dan kami harapkan adanya penurunan…










