TEMERLOH: Program eUsahawan yang dilaksanakan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) berjaya menjana hasil jualan berjumlah RM1.26 bilion membabitkan 564,629 individu sejak 2015. Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, individu berkenaan termasuk penuntut institusi pengajian tinggi (IPT), pelajar Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) serta usahawan-usahawan yang dilatih MDEC. Katanya, daripada jumlah itu, seramai 27,495 usahawan di Pahang dengan menjana jualan terkumpul melebihi RM46.61 juta. “Nanti orang kata memang banyak bukan…










