PETALING JAYA: Penurunan kadar faedah sebanyak 50 mata asas oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) semalam dijangka tidak akan membuatkan Bank Negara Malaysia (BNM) menurunkan dasar kadar semalaman (OPR), kata penganalisis. Penganalisis Ekonomi UniKL Business School, Prof Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, beliau tidak menjangkakan itu terjadi berikutan inflasi negara masih terkawal dan bekalan wang mencukupi. “Saya tidak merasakan BNM akan menurunkan OPR tahun ini kerana inflasi…










