KUALA LUMPUR: MyDIGITAL Corporation dan Bursa Malaysia Berhad (Bursa Malaysia) memeterai memorandum kerjasama (MoC) untuk memperkasakan syarikat tersenarai awam (PLC) di Malaysia mencapai matlamat alam sekitar, sosial, dan tadbir urus (ESG) melalui penerapan teknologi digital. MoC itu sejajar dengan usaha kerajaan melalui Kementerian Digital untuk menyokong syarikat-syarikat mempercepatkan perjalanan ESG mereka melalui transformasi digital. Khususnya, penekanan diberikan kepada keperluan teknologi Revolusi Industri Keempat (4IR) untuk memimpin transformasi ini, membolehkan syarikat-syarikat…










