KLMP komited sedia khidmat simpan, proses bahan kimia

KLMP komited sedia khidmat simpan, proses bahan kimia

TENGKU Shahriman Tengku Ibrahim (dua, kiri) bergambar selepas Majlis Pelancaran kilang baharu KLMP di Pengkalan Bekalan Kemaman di Teluk Kalong, Kemaman, baru-baru ini. -UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Kemaman Liquid Mud Plant (KLMP) Sdn. Bhd. komited dalam menyediakan perkhidmatan penyimpanan serta pemprosesan bahan kimia bagi industri minyak dan gas di negara ini susulan pembukaan kilang baharunya  di Teluk Kalong.

Pengerusi Eksekutif KLMP, Tengku Shahriman Tengku Ibrahim berkata, kilang baharu yang beroperasi di Dermaga Pangkalan Bekalan Kemaman (KSB) akan dinaik taraf dengan kapasiti simpanan sebanyak 21,300 tong berbanding 16,000 tong di kilang sebelum ini di Dermaga Sukma Samudra.

“Berikutan keterbatasan dermaga asal, kami memindahkan kilang ke Dermaga KSB dengan pembinaan kilang baharu yang bermula pada 2022. Kilang ini telah beroperasi 90 peratus pada 2023 dan dianggarkan akan beroperasi sepenuhnya pada akhir tahun ini. 

“Kilang baharu ini turut dilengkapi dengan kemudahan tangki simpanan ‘barite’, ‘centrifuging’, ‘shearing device’, ‘transit warehouse’ dan sistem keselamatan kamera litar tertutup (CCTV) terkini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Kilang KLMP di Teluk Kalong, di sini, baru-baru ini.

Pelancaran kilang itu disempurnakan Pengerusi KSB, Hanafiah Mat. 

Tengku Shahriman berkata, KLMP merupakan kilang penyimpanan dan pemprosesan bahan kimia untuk dihantar ke pelantar-pelantar minyak bagi kegunaan kerja-kerja penggerudian minyak.

Menurutnya, KLMP menyediakan perkhidmatan kepada semua syarikat ‘mud’ yang beroperasi melalui KSB dan menjadi tulang belakang kepada operasi penggerudian minyak dan gas dengan memastikan semua bahan penggerudian disediakan dengan standard tertinggi yang ditetapkan.

Lebih membanggakan, Tengku Shahriman berkata, KLMP yang telah ditubuhkan sejak 2016 telah berjaya mendapat pengiktirafan piawaian ISO mengikut standard keperluan syarikat antarabangsa seperti ISO 14001 untuk alam sekitar, ISO 9001 untuk kualiti dan ISO 45001 bagi kesihatan keselamatan alam persekitaran.

 “Ketika ini, KLMP dapat menyalurkan produk yang diproses seperti ‘drilling mud’ dan ‘brine’ kepada lima tempat berlabuh di dermaga KSB. Bagaimanapun, kami masih lagi dalam proses penalaan halus (fine tuning) terhadap kilang kami mengikut keperluan semasa.

“Kami bersedia menambah baik sistem yang sedia ada merangkumi segala aspek,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN