Tanaman hiasan untuk dekorasi

Tanaman hiasan untuk dekorasi

POKOK hiasan boleh menaikkan seri dalam sesuatu ruangan dalam rumah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DALAM memastikan ruang di dalam rumah nampak lebih hidup dan segar, tanaman hiasan sentiasa menjadi pilihan utama dalam dekorasi untuk menaikkan seri sesuatu ruang itu. Namun, masyarakat masih memilih tanaman palsu sebagai pilihan utama.

Pemilihan pokok hiasan yang hidup bukan sahaja mencantikkan ruang dalaman rumah, malah membawa pelbagai manfaat kepada tidak ternilai kepada penghuni rumah. Dalam keluaran Ringgit minggu ini, kami akan kongsikan beberapa tips yang boleh anda cuba.

Pokok Fig

Pokok ini merupakan antara tanaman  yang menjadi pilihan dan popular dalam kalangan pembeli. Daunnya yang cantik dan corak pertumbuhannya yang unik dan yang paling penting fungsinya yang mampu untuk membersihkan udara di sekitar anda. Disebabkan daunnya yang lebar dan luas, jadi tumbuhan ini disenaraikan antara pokok yang paling berkesan untuk membersihkan udara.

Bukan itu sahaja, Pokok Fig ini juga mempunyai fungsi untuk mengawal kelembapan. Walaupun penjagaannya agak sulit seperti harus diletakkan di dalam bilik dan mempunyai akses kepada cahaya matahari, namun manfaatnya harus juga diberi perhatian.

Pokok Philodendron

Bentuknya yang menarik seperti bentuk hati, tanaman ini antara yang mendapat tumpuan ramai khususnya pencinta pokok. Dengan rupa yang menarik, tanaman ini banyak digunakan untuk menghias ruang-ruang rumah terutamanya untuk rumah yang berkonsepkan minimalis.

Namun, di sebalik keindahan pokok ini terdapat manfaatnya yang tersendiri seperti mempunyai kelebihan dalam meningkatkan kualiti udara dalaman. Tumbuhan ini mampu menyerap bahan pencemar seperti formaldehida dan karbon monoksida, menjadikannya pilihan ideal untuk mewujudkan persekitaran yang lebih sihat dan bersih. 

Dengan kemampuan ini, philodendron bukan sahaja berperanan sebagai dekorasi tetapi juga membantu menjaga kesihatan penghuni rumah. Ini menjadikannya pilihan yang sempurna untuk mereka yang mencari tanaman yang cantik serta bermanfaat untuk kesihatan

Pokok Lidah Jin

Dikenali dengan beberapa nama unik yang sering kita didengari seperti pokok lidah jin ataupun pokok lidah mertua.

Selain itu, uniknya, lidah jin juga menghasilkan oksigen pada waktu malam, berbeza dengan kebanyakan tanaman lain yang menghasilkan oksigen pada waktu siang. Ini menjadikannya pilihan ideal untuk diletakkan di dalam bilik tidur, kerana ia membantu memperbaiki kualiti udara dan memberikan tidur yang lebih nyenyak.

Pokok Buluh Palma

Dengan daunnya yang panjang dan lebat, pokok ini menambah elemen tropika dan kesegaran kepada ruang dalaman rumah. 

Buluh palma juga terkenal dengan keupayaannya untuk meningkatkan kelembapan udara, menjadikannya pilihan ideal untuk kawasan yang mempunyai udara kering, seperti bilik berhawa dingin. 

Selain itu, buluh palma adalah salah satu tanaman terbaik dalam membersihkan udara. Ia mampu menyerap toksin berbahaya seperti formaldehida, toluena dan xylene yang sering terkumpul di dalam rumah akibat penggunaan produk harian seperti bahan pencuci dan perabot. 

Dengan menambah tanaman ini ke dalam dekorasi rumah anda, ia bukan sahaja menjadi suasana akan kelihatan lebih segar dan hijau, tetapi juga udara yang dihirup akan menjadi lebih bersih dan sihat.

Pokok Pakis Boston

Pakis Boston mempunyai keupayaan untuk meningkatkan kelembapan udara dengan cara menyerap dan melepaskan wap air melalui proses transpirasi. Ini menjadikannya ideal untuk ruang berhawa dingin, membantu mengurangkan masalah kulit kering dan iritasi saluran pernafasan.

Dengan daunnya yang lebar dan rimbun,tanaman ini memberikan sentuhan hijau yang segar dan semula jadi kepada mana-mana ruang sesuai untuk diletakkan di dalam pasu gantung atau di atas meja yang mampu untuk menambahkan elemen tropika dan keindahan visual dalam rumah.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN