KUALA LUMPUR: Ringgit mengukuh sebanyak 3.1 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dari awal tahun hingga 13 Ogos lalu, sekali gus muncul satu-satunya mata wang yang mengalami peningkatan di rantau ini. Pada asas kadar pertukaran efektif nominal (NEER), ringgit turut menambah nilai sebanyak 5.3 peratus. Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata, ini sebahagiannya didorong oleh jangkaan semakin meningkat dalam kalangan peserta pasaran kewangan berhubung dengan…










