Pendapatan bersih KWAP naik lebih 36 kali ganda pada 2023

Pendapatan bersih KWAP naik lebih 36 kali ganda pada 2023

HAZMAN Hilmi Salahuddin dalam sidang akhbar Pengumuman Keputusan Prestasi Kewangan KWAP bagi tahun 2023 di pejabat KWAP, Menara Integra, semalam.-UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) merekodkan pertumbuhan pendapatan bersih lebih 36 kali ganda kepada RM9.7 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023, berbanding RM263 juta yang dicapai pada tahun sebelumnya..

Ia merupakan laporan prestasi kedua tertinggi selepas penubuhannya pada 2007.

Ketua Pegawai Pelaburannya, Hazman Hilmi Sallahuddin berkata, prestasi lebih ini dicapai setelah berdepan situasi yang sangat mencabar pada peringkat tempatan dan global pada 2022. 

Katanya, saiz dana keseluruhan KWAP tumbuh 7.4 peratus pada bagi tahun kewangan 2023 dengan mencapai RM169.8 bilion.

Jelasnya, angka tersebut selepas mengambil kira pengeluaran dana KWAP sebanyak RM3 bilion untuk membiayai sebahagian daripada liabiliti pencen kerajaan. 

“KWAP turut menyampaikan pulangan pelaburan sebanyak 8.2 peratus bagi 2023. Sepanjang tahun lalu, KWAP kekal sebagai pelabur utama di Malaysia dengan 75.6 peratus daripada aset pelaburannya dilaburkan di Malaysia, hanya 24.4 peratus dilaburkan di pasaran antarabangsa. 

“Daripada jumlah keseluruhan aset pelaburan, pelaburan awam membentuk 87.7 peratus atau RM149 bilion, manakala baki 12.3 peratus atau RM20.8 bilion adalah dalam pasaran swasta,” katanya kepada pemberita selepas membentangkan prestasi kewangan KWAP tahun 2023 di ibu pejabatnya di sini. 

Dalam pada itu, bagi kelas aset masing-masing, pelaburan ekuiti awam KWAP mencatatkan Kadar Pulangan Berwajaran Masa (TWRR) sebanyak 11.0 peratus.

“TWRR bagi portfolio ekuiti swasta sebanyak 7.9 peratus, pendapatan tetap 6.2 peratus, infrastruktur mencapai 5.2 peratus dan hartanah memperoleh 35 peratus.

“Selain itu, selaras dengan agenda ekonomi Madani, KWAP kekal sebagai pelabur utama di Malaysia dengan 75.6 peratus daripada aset pelaburan KWAP dilaburkan di Malaysia, manakala hanya 24.4 peratus dilupuskan dalam pasaran antarabangsa,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif KWAP, Datuk Nik Amlizan Mohamed berkata, ketika reformasi pencen telah banyak dibincangkan walaupun pada peringkat permulaan pelaksanaan, ia membentangkan dinamik baharu dalam konteks negara dan ekosistem pencen. 

“Kami di KWAP akan memainkan peranan dalam memastikan sistem pencen kami teguh dan responsif kepada perkembangan keperluan pesara kita. 

“Sejajar dengan prinsip panduan kami yang terkandung dalam slogan ‘Sahabat Persaraan Anda’, kami akan kekal teguh dalam komitmen untuk memupuk perjalanan persaraan yang bermakna buat pesara,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×