PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan (MOT) akan melancarkan pelan hala tuju penyahkarbon penerbangan pada September ini. Menterinya, Anthony Loke berkata, pelan hala tuju itu akan bertindak sebagai garis panduan dasar ke arah penyahkarbonan melibatkan syarikat penerbangan dan pengendali lapangan terbang selain memanfaatkan penggunaan bahan api penerbangan mampan (SAF). Beliau berkata, Jemaah Menteri telah mengesahkan dan meluluskan pelan hala tuju berkenaan untuk dilaksanakan. “Pelan hala tuju itu dirangka berdasarkan input daripada pihak…










