PETALING JAYA: Citra Kesom Sdn. Bhd. (Citra Kesom), pengeluar minuman botani berfungsi di bawah jenama Boomchaz Kombucha dan Boomchaz Xtive menyasarkan menembusi pasaran Hong Kong, Amerika Syarikat (AS) dan Qatar dalam masa satu hingga dua tahun akan datang. Pengasas dan Ketua Eksekutifnya, Nadia Yahaya berkata, misi syarikat adalah untuk menjadi pengeluar minuman kombucha dan fermentasi negara menjelang 2026 dan menguasai satu peratus segment pasaran halal global bagi jenis minuman tersebut…