PEMAJU hartanah, Ibraco Berhad (Ibraco) menawarkan projek terbaharunya di Lembah Klang iaitu Residensi NewUrban @ PJ South (NewUrban). NewUrban berdiri sebagai lambang gaya hidup kontemporari yang terletak secara strategik di Petaling Jaya Selatan. Pengurusan Ibraco ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, sejak pelancaran apartmen servis tersebut, permintaan untuk projek ini telah melebihi jangkaan kami dan berjaya mencapai sasaran dalaman kami lebih awal daripada jadual. “Pencapaian ini menekankan permintaan pasaran yang kukuh…