Mahkamah Tinggi batal keputusan, berpihak pada Luno

Mahkamah Tinggi batal keputusan, berpihak pada Luno

LUNO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membatalkan keputusan terdahulu yang memberikan RM700,000 kepada ahli perniagaan yang dibuat oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya terhadap Luno Malaysia Sdn. Bhd.

Luno dalam kenyataannya berkata, keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk kes Yew See Tak lawan Luno memihak kepada syarikat pertukaran aset digital terkawal itu.

Katanya, kebagai platform pertukaran aset digital terkawal yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Luno sentiasa mengekalkan tahap pematuhan peraturan dan keselamatan pelanggan yang paling kukuh, mengikut prosedur yang ketat untuk memastikan mata wang kripto pelanggannya selamat dan terjamin.

“Dalam kes khusus ini, ciri keselamatan Luno beroperasi seperti yang direka bentuk, dengan semua ciri keselamatan akaun berjaya diluluskan (termasuk pengesahan dua faktor atau 2FA) dan setiap transaksi dibenarkan melalui pautan kebenaran sistem pesanan ringkas (SMS) yang dihantar ke telefon mudah alih plaintif.

“Walaupun Luno mempunyai beberapa proses keselamatan yang paling intensif dalam kripto, seperti yang disahkan oleh penarafan April 2024 oleh CCData, kes ini menekankan keperluan untuk pelanggan mengekalkan keselamatan akaun emel, peranti mudah alih dan kata laluan mereka sendiri,” katanya.

Jelasnya, Luno terus menumpukan pada mendidik pelanggan terhadap penipuan kewangan, menekankan kepentingan kewaspadaan dalam mengurus data peribadi.

Tambahnya, Luno juga menggalakkan pelanggan untuk membolehkan ciri keselamatan tambahan yang telah lama tersedia, iaitu keselamatan peranti yang dipercayai dan 2FA.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×