Alibaba Cloud lancar OBS Cloud 3.0 untuk Paris 2024

Alibaba Cloud lancar OBS Cloud 3.0 untuk Paris 2024

Alibaba Cloud dan OBS melancarkan OBS Cloud 3.0 yang menggabungkan teknologi awan dan AI untuk Olimpik Paris 2024.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Alibaba Cloud, mengumumkan pelancaran Perkhidmatan Penyiaran Olimpik (OBS), OBS Cloud 3.0 untuk Sukan Olimpik Paris 2024 (Paris 2024).

Menurut Syarikat itu, gabungan teknologi awan yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI), OBS Cloud 3.0 menjadikan tugas OBS dan Media Rights-Holders (MRHs) lebih mudah dan cekap.

Jelasnya, untuk Paris 2024, OBS Cloud 3.0 akan berfungsi sebagai infrastruktur tulang belakang yang menyokong beberapa fungsi kritikal, menggunakan sepenuhnya faedah teknologi awan termasuk kebolehskalaan operasi dan kecekapan kos serta kemampanan yang dipertingkatkan.

“Sebagai sebahagian daripada OBS Cloud 3.0, OBS Live Cloud telah menjadi kaedah utama pengedaran jauh kepada Media Rights-Holders (MRHs) buat kali pertama dalam sejarah Sukan Olimpik, mengambil alih daripada satelit yang dilancarkan semasa Sukan Olimpik Tokyo 1964.

“Untuk Paris 2024, dua pertiga daripada perkhidmatan jauh yang ditempah (di 54 penyiar) kini menggunakan OBS Live Cloud termasuk 2 penyiar Definisi Ultra Tinggi (UHD), 379 video (11 UHD, 368 HD) dan 100 audio feed yang akan dihantar melalui Live Cloud.

“Dengan faedah kependaman rendah dan daya tahan yang tinggi, penghantaran kandungan melalui awan telah mengatasi prestasi kaedah pengedaran lain apabila ia melibatkan kebolehskalaan, fleksibiliti dan kos sambil meningkatkan kestabilan dan ketangkasan penyiaran seluruh dunia bagi acara sukan terbesar itu,” katanya dalam kenyataan.

Diperkenalkan di Sukan Olimpik Tokyo 2020 dengan penyiar UHD, OBS Live Cloud ditawarkan sebagai perkhidmatan standard buat kali pertama semasa Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 dengan 22 penyiar yang dilanggan.

Sebelum penemuan teknologi ini, penyiar terpaksa bergantung pada litar optik telekomunikasi antarabangsa yang lebih mahal dan menghabiskan banyak masa untuk menyediakan peralatan, untuk menghantar rakaman secara langsung ke seluruh dunia kembali ke negara asal mereka.

Untuk Paris 2024, OBS akan menghasilkan lebih daripada 11,000 jam kandungan – peningkatan 15 peratus daripada Tokyo 2020. Pendekatan portal berasaskan awan ini diperkemas, memudahkan aliran kerja pengeluaran jauh dan memastikan kandungan yang lancar dihantar tanpa gangguan semasa kejohanan berlangsung.

KUN HUANG memberi penerangan kepada media mengenai perkhidmatan OBS Cloud 3.0 yang disediakan oleh Alibaba Cloud untuk Paris 2024 di Kuala Lumpur, semalam.

Sementara itu, Pengurus Besar APAC Selatan, Alibaba Cloud Intelligence, Kun Huang berkata, matlamat Syarikat dalam olimpik bagi perkhidmatan ini adalah kecekapan, penglibatan, kemampanan, keterangkuman.

Bagi elemen kecekapan, penyiaran awan menjadi kaedah pengedaran isyarat langsung arus perdana buat kali pertama dalam Sukan Olimpik di laman sistem main semula berbilang kamera OBS Cloud yang telah dipertingkatkan dengan AI akan digunakan di semua venue untuk lebih daripada 20 sukan atau disiplin.

“Bagi penglibatan pula, pewarnaan berkuasa AI telah dilancarkan pada pelancaran Agenda AI IOS untuk menghidupkan semula detik bersejarah Paris 1924. Untuk kemampanan pula, pakar tenaga telah digunakan untuk mengukur dan menganalisis penggunaan kuasa di semua 35 tempat pertandingan di Paris 2024

“Sementara bagi keterangkuman, Alibaba melancarkan kempen To The Greatness of HER untuk meraikan 100 tahun pencapaian wanita dan kesaksamaan jantina di Sukan Olimpik di Malam Alibaba pada 24 Julai lalu,” katanya dalam satu majlis memperkenalkan perkhidmatan tersebut.

Menyertai sebagai Rakan Kongsi Seluruh Dunia Olimpik pada Januari 2017, Alibaba Cloud dan OBS melancarkan OBS Cloud pada 2018. Syarikat awan terkemuka itu menyokong Tokyo 2020 sebagai Sukan Olimpik pertama yang disiarkan melalui awan dan telah bekerjasama dengan OBS sejak itu untuk membantu mengekalkan penyiaran Olimpik dengan teknologi awan pada tahap tertinggi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×