Pelabur asing jual bersih RM1.24 bilion ekuiti tempatan minggu lalu - Utusan Malaysia

Pelabur asing jual bersih RM1.24 bilion ekuiti tempatan minggu lalu

gaji
Gambar Hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelabur asing meneruskan jualan bersih di Bursa Malaysia minggu lepas pada RM1.24 bilion selepas membeli untuk lima minggu sebelumnya, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd.

Menurut Laporan Aliran Dana minggu berakhir 31 Mei 2024, sebelum itu, pelabur telah menjadi penjual bersih selama lapan minggu berturut-turut.

Katanya, pelabur asing menjual bersih RM174.6 juta pada Isnin, RM177.5 juta pada Selasa, RM313.4 juta pada Rabu, RM86.5 juta pada Khamis dan RM488.7 juta pada Jumaat.

“Sektor yang mempunyai aliran masuk asing bersih tertinggi minggu lepas adalah teknologi (RM108.5 juta), pengangkutan dan logistik (RM64.8 juta) dan hartanah (RM22.4 juta).

“Sementara itu, sektor yang mempunyai aliran keluar asing bersih tertinggi adalah perkhidmatan kewangan (RM800 juta), utiliti (RM250.7 juta) dan perladangan (RM157.4 juta),” katanya.

Bank pelaburan berkata, institusi tempatan menamatkan rentetan jualan bersih mereka selama empat minggu dengan membeli sejumlah RM1.03 bilion.

“Mereka membeli setiap hari dagangan dengan jumlah tertinggi pada hari Jumaat pada RM341.9 juta.

“Peruncit tempatan mengakhiri jualan bersih 11 minggu berturut-turut mereka dengan membeli ekuiti domestik bernilai RM205.9 juta minggu lepas,” jelasnya.

Dari segi penyertaan, bank pelaburan berkata, purata volum dagangan harian (ADTV) menurun bagi peruncit tempatan (9.0 peratus) dan institusi tempatan (13.6 peratus), tetapi meningkat bagi pelabur asing (27.3 peratus). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN