MAPEX edisi Jun 2024 sasar jualan berpotensi lebih RM30 juta

MAPEX edisi Jun 2024 sasar jualan berpotensi lebih RM30 juta

CHING Thoo Kim (tiga dari kanan) pada Majlis Pelancaran MAPEX edisi JUN 2024, di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pameran Hartanah Malaysia (MAPEX) edisi Jun 2024 dijangka mencapai nilai jualan berpotensi melebihi RM30 juta sepanjang acara tersebut yang berlangsung selama tiga hari di di MVEC Mid Valley, ibu negara sehingga Ahad ini. 

Pengerusi Penganjuran MAPEX edisi Jun 2024, Datuk Chan Kin Meng berkata, ia berikutan kejayaannya yang berjaya meraih sebanyak RM30 juta pada tahun sebelum ini. 

“Berdasarkan kejayaan kami sebelum ini, kami optimis untuk mendapatkan nilai jualan berpotensi lebih daripada nilai itu. 

“MAPEX turut menyasarkan seramai hampir 30,000 pengunjung yang akan memeriahkan pameran itu. MAPEX mempamerkan  sebanyak 10,000 hartanah bernilai kira-kira RM9 bilion berbanding RM8 bilion tahun lalu. 

“Penganjuran kali ini juga merupakan gabungan Persatuan Pembangunan Hartanah dan Perumahan (REHDA) Malaysia, Selangor dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur),” katanya selepas Majlis Pelancaran MAPEX edisi JUN 2024, di sini hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 28 pemaju hartanah akan mempamerkan pelbagai  jenis unit perumahan untuk memudahkan para pelawat dan bakal pembeli. 

“MAPEX merupakan komitmen berterusan REHDA dalam usaha menggalakkan pemilikan rumah di kalangan rakyat. 

“Bertemakan ‘Ke Arah Pembangunan Mampan’, MAPEX  juga memastikan pembinaan yang mampan demi menjaga kelestarian alam,” katanya. 

Sementara itu, Ketua Setiausaha, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Datuk Dr. Ching Thoo Kim berkata, kerajaan turut memperkenalkan Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (GTFS) 4.0 dengan dana berjumlah RM1 bilion sehingga 31 Disember 2025. 

“Ini kerana kerajaan menyedari keperluan kemudahan pembiayaan oleh para pemaju untuk melaksanakan projek-projek hijau. 

“Skim ini menawarkan jaminan kerajaan sehingga 60 peratus ke atas kos teknologi hijau serta rebat faedah atau keuntungan sebanyak 1.5 peratus setahun bagi tempoh lima tahun pertama,” katanya 

Jelas beliau, antara penambahbaikan yang diperkenalkan menerusi GTFS 4.0 adalah peluasan kategori GTFS 4.0 kepada pemaju yang membangunkan perumahan hijau mampu milik dan Charge Point Operator (CPO) yang membangunkan infrastruktur pengecasan kenderaan elektrik. 

“Kerajaan masih membuka skim ini kepada pengeluar dan pengguna teknologi hijau serta syarikat perkhidmatan tenaga (ESCO) yang melaksanakan projek-projek berkaitan kecekapan tenaga,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×