PETALING JAYA: Pakar ekonomi menjangkakan blok BRICS (Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan) menyediakan Malaysia dengan pasaran yang luas dengan populasi terbesar dunia, berikutan kuasa membeli pengguna yang semakin meningkat. Penganalisis Ekonomi UniKL Business School, Prof Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid, berkata, hasrat Malaysia untuk menyertai organisasi antara kerajaan itu kerana BRICS mempunyai saiz ekonomi yang lebih besar dan bersaing dengan kumpulan tujuh ekonomi terbesar (G7) yang menguasai…










