Superlux sasar jual 1,000 unit motosikal elektrik

Superlux sasar jual 1,000 unit motosikal elektrik model baharu tahun ini

KAKITANGAN Superlux menerangkan tentang motosikal EV Superlux EB1 kepada pengunjung yang hadir pada Autoshow Malaysia 2024 yang berlansung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini, hari ini. - UTUSAN/IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Superlux Auto Sdn. Bhd (Superlux) menyasarkan penjualan sebanyak 1,000 unit motosikal elektrik (EV) bagi dua model baharunya, HC200 dan EB1.

Pengarah Urusan Superlux, Fahmi Barakah Mohamed Salleh berkata, EB1 dijual pada harga RM4,888 manakala HC200 pada RM11,888, tidak termasuk insuran dan cukai jalan.

“Pembeli berpeluang mendapat rebat RM2,400 daripada Institut Automotif Robotik dan IoT Malaysia (MariiCAS) bagi setiap model baharu, “ katanya kepada media selepas majlis pelancaran kedua-dua model EV itu, di sini semalam.

Beliau berkata, Superlux telah berjaya mendapat tempahan sebanyak 50 unit bagi kedua-dua model sehingga majlis pelancarannya.

Mengulas mengenai trend terkini pasaran motosikal elektrik, beliau berkata, trend pasaran itu dilihat semakin meningkat sejak tahun lalu, terutamanya didorong oleh inisiatif MariiCAS, di mana kerajaan memberikan subsidi bagi setiap model sebanyak RM2,400.

Beliau berkata, permintaan motosikal elektrik Superlux juga meningkat sebanyak 60 peratus dan dijangka akan meningkat dua kali ganda di masa akan datang.

Katanya, Superlux turut dalam perancangan memperbanyakkan barisan model motosikal elektrik dari berkuasa rendah dan tinggi pada tahun ini.

“Dalam masa yang sama, kami juga dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi motosikal elektrik untuk melangkaui jarak sehingga 300 kilometer bagi pasaran Malaysia.

“Model ini diusahakan bersama Sub Cyber dari China, di mana kami melakukan pembangunan penyelidikan dan rekaan produk yang lebih sesuai dengan pasaran tempatan,” katanya.

Tambahnya, model HC200 merupakan model pertama di pasaran Malaysia dan akan meluaskan pasarannya di Indonesia, Singapura, Thailand, Vietnam dan Brunei bagi memasarkan produk Superlux di sana. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya