Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$113.3 bilion - Utusan Malaysia

Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$113.3 bilion

Bank negara
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$113.3 bilion pada 15 Mei 2024 berbanding RM112.8 bilion pada 30 April 2024.

Menurut bank pusat, paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.4 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen utama rizab antarabangsa meliputi rizab mata wang asing berjumlah AS$101.1 (RM476.18 bilion) diikuti paras rizab Tabung Kewangan Antarabangsa AS$1.4 bilion (RM6.65 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) AS$5.7 bilion (RM27.04 bilion) emas AS$2.8 bilion (RM13.28 bilion) dan aset rizab lain AS$2.3 bilion (RM10.9 bilion).

Jumlah aset berjumlah RM634.38 bilion), terdiri daripada emas dan pertukaran asing dan rizab lain, termasuk SDR (RM536.57 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.99 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM4.9 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM24.6 bilion), tanah dan bangunan (RM4.12 bilion) dan aset-aset lain (RM51.0 bilion).

BNM berkata, modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM195.6 bilion), mata wang dalam edaran (RM165.58 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM141.71 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM13.84 bilion), deposit lain (RM64.63 bilion), kertas Bank Negara (RM18.67 bilion), peruntukan SDR (RM30.21 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM3.95 bilion). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya