Pusat Proton EON 3S dibuka di Banting - Utusan Malaysia

Pusat Proton EON 3S dibuka di Banting

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Edaran Otomobil Nasional Berhad (EON), melancarkan Pusat Proton EON 3S yang telah diubah suai di Banting, Selangor.

Ketua Pegawai Eksekutif EON, Akhbar Danial berkata, pusat tersebut yang sebelum ini beroperasi sebagai bilik pameran, kini dinaik taraf dengan menawarkan perkhidmatan jualan, perkhidmatan selepas jualan dan penukaran alat ganti.

Menurutnya, sebanyak RM6 juta dilaburkan dalam pengubahsuaian dan naik taraf Pusat Proton EON 3S itu bagi bertujuan dapat memberi pengalaman baru buat pelanggan melalui jualan digital dan perkhidmatan selepas jualan dalam bilik pameran yang lebih selesa dan moden.

“Pembukaan Pusat Proton EON 3S di Banting menggariskan fokus berterusan EON untuk menambah baik perkhidmatan bagi meningkatkan kepuasan pelanggan sekaligus selaras dengan kedudukan kami sebagai pengedar kereta pelbagai jenama terbesar di Malaysia.

“Pemilihan lokasi strategik ini dapat memudahkan penduduk Banting dan kawasan sekitarnya untuk mengakses pusat kami, sama ada untuk pembelian kereta baharu, atau untuk servis selepas jualan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata,bilik pameran yang dinaik taraf itu merangkumi kawasan binaan seluas 18,775 kaki persegi yang mengagumkan yang mampu memaparkan lapan unit kenderaan Proton.

Pelanggan juga berpeluang mendapat manfaat daripada dorongan pendigitalan EON dengan pengenalan platform Pengurusan Tenaga Kerja (WFM).

Katanya, ini di mana dapat membolehkan pelanggan mendapatkan temu janji untuk servis kereta dalam talian dan menikmati kemas kini perkhidmatan masa nyata.

Pembukaan Pusat Proton EON 3S Banting baharu berdiri sebagai bukti kepada legasi kecemerlangannya yang berkekalan dan kejayaan operasi EON genap 40 tahun.

Pelanggan dijemput untuk meneroka model terkini dalam persekitaran yang selesa, memastikan pengalaman membeli kereta yang menyeronokkan.

Bilik pameran dibuka dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang Isnin hingga Sabtu, dan 10 pagi hingga 4 petang pada hari Ahad dan cuti umum.

Pusat baharu itu bakal beroperasi dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang, setiap Isnin hingga Jumaat, manakala pada hari Sabtu, hanya beroperasi sehingga pukul 1 tengah hari sahaja. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN