KTI sasar kumpul RM48 juta dari IPO - Utusan Malaysia

KTI sasar kumpul RM48 juta dari IPO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: KTI Landmark Berhad (KTI) menyasarkan untuk mengumpul RM48 juta menerusi langkah penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Securities).

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif KTI, Dr. Gordon Loke berkata, kumpulannya merancang menggunakan RM20.7 juta daripada jumlah yang dikumpul daripada tawaran awam permulaan (IPO).

Menurutnya, jumlah RM20.7 juta adalah bertujuan untuk menambah keperluan modal kerja am bagi projek The Logg, yang termasuk kos pembinaan termasuk kos bangunan dan infrastruktur.

“Ini termasuk bagi bayaran kepada perunding dan profesional serta bayaran kepada pihak berkuasa tempatan untuk projek yang sedang berjalan,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, The Logg merupakan projek pembangunan bercampur pertama dan juga projek pembangunan bersama pertama KTI dengan Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) Sabah.

“The Logg, hartanah mercu tanda dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) kira-kira RM1 bilion akan dibangunkan di atas tanah seluas lima ekar di Luyang, Sabah menjelang Disember 2025.

“Peruntukan untuk menambah keperluan modal kerja kami akan mengurangkan kebergantungan kepada pembiayaan luar dan membolehkanlebih banyak projek dijalankan secara serentak,” katanya.

Justeru, katanya, sebanyak RM18 juta daripada jumlah yang dikumpul daripada IPO akan digunakan untuk sebahagiannya membiayai pemerolehan tanah di Sabah di sekitar tanah sedia adauntuk projek masa depan di Alamesra, Kota Kinabalu.

“Tanah seluas 26.3 ekar bagi projek Alamesra itu akan dibangunkan menjadi hartanah kediaman bertingkat dalam pelbagai fasa sehingga 2028, dengan anggaran GDV kira-kira RM873.1 juta,” ujarnya.

Dalam pada itu, baki daripada jumlah yang dikumpul daripada IPO akan digunakan untuk membeli barisan pengeluaran sistem bangunan perindustrian baharu (IBS) berjumlah RM2.1 juta.
“Selain itu, RM0.4 juta digunakan untuk menaik taraf perisian dan sistem, RM3 juta bagi pembayaran balik pinjaman bank manakala baki RM3.8 juta untuk anggaran perbelanjaan penyenaraian,” ujarnya.

KTI dijadualkan disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Securities pada 19 Jun ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya