Kerajaan perlu perluas penyediaan kediaman sewa - Rehda - Utusan Malaysia

Kerajaan perlu perluas penyediaan kediaman sewa – Rehda

NGA Kor Ming (tengah) dan Jeffrey Ng (empat kiri) ketika majlis merasmikan pelancaran laporan Rumah Mampu Milik II, Merapatkan Jurang: Pendekatan Strategik Mengimbangi Bekalan & Permintaan oleh Rehda Institute pada Persidangan Perumahan Serantau 2024 di sini, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Malaysia (Rehda) menyarankan kerajaan memperluaskan penyediaan kediaman sewa khusus buat golongan berpendapatan rendah yang berdepan kesukaran memiliki rumah sendiri.

Pengerusi Rehda Institute, Datuk Jeffrey Ng Tiong Lip berkata, model sewa seperti yang diamalkan di Australia dilihat lebih lestari.

Katanya, ini supaya penghuni berjaya mencapai tahap pendapatan tertentu boleh berpindah keluar dan memberi peluang kepada orang lain yang lebih memerlukan.

“Ini berbanding penyediaan rumah kos rendah bersubsidi yang sifatnya lebih terhad dan memerlukan pembinaan berterusan untuk dijual kepada pemilik-pemilik baharu.

“Tanah merupakan sumber yang terhad, sekiranya industri terus perlu membina rumah mampu milik untuk rakyat, akan sentiasa wujud tekanan untuk membina lebih banyak rumah pada masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian katanya pada sidang akhbar sempena pelancaran laporan Rumah Mampu Milik II, Merapatkan Jurang: Pendekatan Strategik Mengimbangi Bekalan & Permintaan oleh Rehda Institute pada Persidangan Perumahan Serantau 2024 di sini, semalam

Sementara itu, Pengarah Kajian dan Pendidikan, Rehda Institute, Malathi Thevendran sewaktu membentangkan laporan berkenaan berkata, jumlah kediaman siap tidak terjual di negara ini telah meningkat lebih 100 peratus dalam tempoh 10 tahun lalu, daripada 12,551 unit pada 2013 kepada 25,816 unit tahun lalu.

Beliau berkata, sebanyak 7,592 unit daripadanya merupakan kediaman berharga RM300,000 dan ke bawah.

Jelasnya, terdapat 433,136 isi rumah dengan pendapatan bawah RM2,000 (lima peratus daripada 8.66 juta isi rumah di negara ini) dan jumlah rumah siap di bawah inisiatif perumahan kerajaan (Program Perumahan Rakyat, Rumah Mesra Rakyat, Kediaman Syarikat Perumahan Negara Berhad dan PR1MA) berjumlah 212,328 unit setakat 2022.

“Ini memenuhi 50 peratus daripada keperluan isi rumah dengan pendapatan RM2,000 ke bawah.

“Sementara itu, jumlah bajet untuk perumahan awam dari 2013 hingga 2023 adalah berjumlah RM12.7 bilion, melibatkan 1,033,949 unit kediaman,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya