Jumlah pendapatan isi rumah 2019 bernilai RM989.2 bilion - Utusan Malaysia

Jumlah pendapatan isi rumah 2019 bernilai RM989.2 bilion

JUMLAH pendapatan isi rumah pada 2019 hampir RM1 trilion. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jumlah pendapatan isi rumah bagi 2019 adalah sebanyak RM989.2 bilion, yang didominasi oleh pampasan pekerja dan keuntungan perniagaan yang tidak diperbadankan dengan nilai RM763.7 bilion atau 77.2 peratus.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, ini diikuti oleh keuntungan teragih yang menyumbang 10 peratus dengan jumlah RM99.4 bilion dan selebihnya 12.4 peratus disumbangkan oleh pembiayaan isi rumah sebanyak RM65.1 bilion serta faedah sosial dan pembayaran berkala dengan RM57.0 bilion.

Katanya, perbelanjaan terbesar disumbangkan oleh perbelanjaan isi rumah bagi komoditi domestik dengan nilai RM852.3 bilion (86.1 peratus), diikuti oleh cukai pendapatan dan cukai semasa lain dibayar oleh isi rumah sebanyak RM48.4 bilion (4.9 peratus).

“Selain itu, penggunaan ke atas barangan import mencatatkan nilai RM36.4 bilion (3.7 peratus) dan pindahan semasa dihantar kepada isi rumah di luar negara dalam bentuk kiriman wang berjumlah RM31.4 bilion (3.2 peratus).

“Bagi gabungan antara simpanan isi rumah dan pindahan semasa pula adalah sebanyak RM20.7 bilion (2.1 peratus),” katanya.

Beliau berkata, pampasan pekerja bagi warganegara merekodkan nilai RM500.2 bilion yang sebahagian besar disumbangkan oleh isi rumah di kawasan bandar dengan nilai RM414.3 bilion (82.8 peratus) berbanding kawasan luar bandar RM85.9 bilion (17.2 peratus).

“Kategori pendapatan sederhana pula memperoleh pampasan pekerja tertinggi dengan nilai RM213.3 bilion (42.7 peratus).

“Ia diikuti dengan pendapatan tinggi dan rendah yang masing-masing menyumbang RM124.2 bilion (24.8 peratus) dan RM162.7 bilion (32.5 peratus),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya