KETIKA diperkenalkan kepada para media automotif tentang perlancaran Isuzu D-Max 2024, kami agak merasakan penampilan model terbaharu Isuzu ini seolah-olah hanya sebuah model ‘facelift’ yang minimal. Namun, setelah mengikuti sesi pandu uji di Melaka, ternyata terdapat perubahan signifikan walaupun dari segi fizikalnya tidak terlalu ketara. Benar juga kata-kata perumpamaan, “kenapa perlu dibetulkan barangan yang tidak rosak?”. Isuzu mengambil langkah selamat dengan penambahan minimal pada segi rekabentuk kosmetik dan beberapa penambahan…