PETALING JAYA: Bank Pembangunan Malaysia Berhad (Bank Pembangunan) mengumumkan pelantikan Datuk Sulaiman Mohd. Tahir sebagai Pengerusi Baharu dan Pengarah Bebas Bukan Eksekutif berkuat kuasa 20 Mac lalu. Bank Pembangunan dalam kenyataan memaklumkan, Sulaiman mempunyai banyak pengalaman kepimpinan kanan merangkumi lebih daripada tiga dekad dalam landskap kewangan Malaysia, termasuk tempoh perkhidmatan beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan di AmBank Group sebelum ini. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Pembangunan, Roni Abdulwahab berkata,…