PETALING JAYA: SME Bank menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Johor Petroleum Development Corporation Berhad (JPDC) sebagai langkah dalam memperkembangkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Datuk Wira, Dr. Aria Putera Ismail berkata, SME Bank telah meluluskan lebih RM47 billion pembiayaan kepada 23,820 PKS sejak ditubuhkan dan RM560.74 juta diperuntukkan khususnya kepada usahawan di Johor. Beliau berkata, SME Bank turut bantu meningkatkan aktiviti pelaburan…