smart #1 raih tempat ketiga teratas dalam pasaran SUV EV premium Malaysia - Utusan Malaysia

smart #1 raih tempat ketiga teratas dalam pasaran SUV EV premium Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: smart #1, model utama kereta elektrik (EV) yang dijual oleh PRO-NET mencapai kejayaan tempat ketiga teratas dalam kategori SUV EV premium bagi harga kereta melebihi RM180,000 di pasaran EV Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif smart Malaysia, Zhang Qiang berkata, pencapaian itu mencerminkan permintaan yang semakin meningkat untuk penyelesaian mobiliti bandar di rantau ini.

“Dengan hanya satu model dijual, berbanding pemain utama lain, kami telah mencapai kejayaan ini dan membuktikan kepercayaan pelanggan terhadap produk serta perkhidmatan kami,” katanya dalam kenyataan.

Jelasnya, kejayaan itu boleh dikaitkan dengan prestasi luar biasa dalam segmen SUV EV premium dengan 100 kenderaan elektrik dijual dalam tempoh satu bulan, sekali gus mencatat rekod jualan baharu.

“smart #1 menunjukkan daya tarik kepada pengguna yang mencari prestasi dan kecekapan dalam perjalanan bandar mereka dan konsisten berada di kedudukan antara pesaing utama dalam segmen SUV premium EV dengan varian seperti model BRABUS,” ujarnya.

Zhang menambah, terdapat pelbagai gabungan faktor di sebalik pencapaian smart #1 itu, termasuk DNA jenama premiumnya yang diwarisi daripada Mercedes-Benz

“Selain itu, cadangan jualan unik seperti menawarkan akses ke lokasi pengecasan 70 peratus dalam satu aplikasi, ciri ADAS dan tumpuan tanpa henti untuk meningkatkan infrastruktur pengecasan di seluruh negara turut antara faktornya,” ujarnya.

Beliau berkata, komitmen smart Malaysia untuk memberikan pengalaman pelanggan yang tiada tandingan terus meningkatkan kejayaan smart #1.

“Daripada aplikasi Hello smart hingga penyelesaian pengecasan komprehensif dan penawaran perkhidmatan yang lancar, smart Malaysia memastikan setiap aspek perjalanan pemilikan EV dioptimumkan untuk kemudahan dan kepuasan pemilik smart,” katanya.

Katanya, kerjasama smart Malaysia dengan pihak berkepentingan utama dan pengembangan rangkaian pengedar ditingkatkan daripada 10 ke 13 lokasi, termasuk penubuhan hab komuniti pertama di Malaysia Timur.

“Ini menunjukkan komitmen kami memenuhi keperluan pengguna yang semakin berkembang serta mempromosikan penggunaan kenderaan elektrik di seluruh negara,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN