KUALA LUMPUR: Operasi dan pelaburan berterusan CGS International Securities Pte Ltd. di Malaysia menandakan hubungan perdagangan Malaysia-China yang semakin mengukuh dan mendalam. Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, tempoh 50 tahun pertama telah menjadi saksi kepada banyak kejayaan kedua-dua negara. Sehubungan itu, trajektori masa depan hubungan Kuala Lumpur-Beijing bergantung pada pembabitan berterusan dan usaha untuk menggalakkan pembangunan mampan dan kemakmuran bagi kedua-dua negara. “Kami mengharapkan inovasi lebih besar dan…










