PETALING JAYA: Jumlah keseluruhan agihan keuntungan Lembaga Tabung Haji (TH) meningkat walaupun kadar agihan kekal pada 3.1 peratus untuk empat tahun berturut-turut sejak 2020, kata penganalisis. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Penganalisis Ekonomi UniKL Business School, Prof. Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, ini kerana agihan keuntungan itu membabitkan jumlah lebih tinggi sebanyak RM2.72 bilion pada 2023 berbanding RM2.65 bilion pada 2022. Katanya, perkara itu juga dicapai dalam persekitaran kos …










