PETALING JAYA: Ketidakstabilan harga komoditi global terutamanya koko dan biji kopi dijangka terus meningkatkan kos pengeluaran syarikat yang terlibat dengan industri makanan dan minuman (F&B). Niaga hadapan biji koko mencecah paras tertinggi minggu lalu iaitu pada AS$11,461 (RM54,753.70) per tan metrik, meningkat lebih 50 peratus berbanding AS$4,634 (RM22,138.40) pada Januari lalu. Bagi niaga hadapan biji kopi pula mencatat peningkatan daripada AS$192 (RM917.25) sekilogram pada Januari kepada AS$229 (RM1,094.02) bulan ini.…