PUTRAJAYA: Kerajaan perlu mempertimbang usaha mewajibkan semua kanak-kanak terutama bumiputera untuk mula belajar sistem prasekolah seawal usia lima tahun. Perkara itu ditegaskan Pengerusi Sesi Libat Urus Reformasi Pendidikan dan Modal Insan, Prof. Tan Sri Dr. Noor Azlan Ghazali pada sidang pleno Kongres Ekonomi Bumiputera, di sini, semalam. Panel terakhir slot dihoskan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki itu berkata, ia wajar langkah pertama merombak sistem pendidikan…