smart #1 Pro mula dihantar di pasaran Malaysia

smart #1 Pro mula dihantar di pasaran Malaysia

smart #1 Pro
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: smart Malaysia mengumumkan permulaan penghantaran smart #1 Pro, portfolio produk premium peringkat permulaan yang menarik pada harga tanpa insurans dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan sebanyak RM189,000.

Ketua Pegawai Eksekutif smart Malaysia, Zhang Qiang berkata, variant tambahan ini meningkatkan kepelbagaian rangkaian smart untuk menawarkan pilihan harian premium yang sempurna untuk keperluan mobiliti individu.

Katanya, syarikat teruja untuk memenuhi jangkaan pemandu bandar, yang mengutamakan ciri-ciri praktikal seperti ruang dan jarak 315 kilometer, yang lebih daripada mencukupi. 

“smart #1 Pro merangkumi pilihan penduduk bandar yang peka terhadap alam sekitar, menawarkan kualiti premium dan reka bentuk kenderaan elektrik yang estetik

“Di smart Malaysia, keperluan pengguna adalah keutamaan dalam proses membuat keputusan. Varian Pro ditawarkan untuk memenuhi pelbagai keperluan pemandu moden, menawarkan nilai yang luar biasa,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Sementara itu, smart Malaysia berkata, smart #1 Pro menjurus ke arah kelas premium dan menawarkan pengalaman memandu elektrik dengan kuasa maksima pada 200kW. 

“Dikuasakan oleh bateri LFP 49kWh, ia menjanjikan jarak WLTP sehingga 315km. Dengan kuasa pengecasan 130kW DC, ia boleh dicas sepenuhnya dalam masa kurang daripada 30 minit di bawah keadaan optimum. 

“Keselesaan dipertingkatkan dengan kawalan penyaman udara dua zon automatik dan kerusi elektrik dengan sistem pengudaraan untuk pemandu dan penumpang hadapan. 

“Varian smart #1 Pro mempunyai roda aloi 19” rendah untuk kestabilan dan bumbung Halo Panorama untuk cahaya dan pandangan semula jad,” ujarnya.

Jelasnya, kenderaan tersebut menampilkan lima kombinasi warna termasuk hijau Future, biru Quantum, putih Digital, perak Cyber S dan merah Laser Red. 

Selain itu, Pro hanya mempunyai satu warna dalaman khusus iaitu trim After Dark.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya