PETALING JAYA: Mata wang negara terus mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) apabila ditutup lebih tinggi semalam, mendapat rangsangan daripada petunjuk positif domestik dan disokong oleh keadaan luar yang bertambah baik. Pada pukul 5 petang semalam, ringgit ditutup lebih kukuh pada 4.6880/4.6910 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) daripada 4.6960/4.7010 pada Khamis. Penganalisis Ekonomi Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF), Profesor Dr Baharom Abdul Hamid berkata, pengukuhan ini didorong oleh bayangan…










