PETALING JAYA: Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) bercadang melupuskan sebahagian kepentingannya dalam Affin Bank Bhd., namun berhasrat untuk terus memegang pegangan ‘signifikan’ dalam bank tersebut. Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, cadangan penjualan sebahagian kepentingan LTAT dalam Affin Bank adalah untuk mengimbangi semula portfolio pelaburan berdasarkan sasaran yang ditetapkan dalam Rangka Kerja Peruntukan Aset Strategik (SAA). Katanya, cadangan tersebut adalah tindakan munasabah dan keputusan pelaburan yang memberikan pulangan…










