PETALING JAYA: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), REGENERASI melancarkan kempen #MYPalmPride bagi menghapuskan tanggapan yang salah mengenai pengeluaran minyak sawit dalam kalangan belia. Kempen yang berlangsung sehingga 31 Ogos itu bertujuan menggalakkan kemampanan pengeluaran minyak sawit di Malaysia sekali gus menekankan sumbangan positifnya kepada ekonomi dan alam sekitar. Presiden REGENERASI, Emilia Uzir berkata, golongan belia hari ini bertanggungjawab menentukan masa depan yang lebih mampan untuk perkembangan negara lebih baik. “Belia adalah…