InvestKL tarik RM8.7b pelaburan pada 2023

InvestKL tarik RM8.7b pelaburan pada 2023

Setiausaha Agung MITI, Datuk Hairil Yahri Yaacob (tengah) diapit Ahli Lembaga Pengarah InvestKL, Datuk Seri Dr Victor Wee (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif InvestKL, Datuk Muhammad Azmi Zulkifli (kanan)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: InvestKL mencapai kejayaan besar dengan mencatatkan rekod pelaburan langsung asing (FDI) sebanyak RM8.7 bilion pada 2023, peningkatan melebihi 300 peratus daripada RM2.79 bilion pada tahun sebelumnya.

Menurut kenyataannya, lonjakan dalam pelaburan itu menunjukkan keyakinan kukuh pelabur asing terhadap potensi ekonomi Malaysia.

Sebanyak 12 syarikat global terkemuka dari rantau Amerika, Eropah dan Asia menerajui pelaburan.

InvestKL berkata, pelaburan itu menjana 8,329 pekerjaan berkemahiran tinggi, peningkatan yang ketara daripada 2,805 jawatan yang dicipta pada 2022, terutamanya 81 peratus daripada jawatan ini adalah dalam sektor digital dan teknologi.

“Ini menekankan peningkatan kepentingan industri yang dipacu teknologi dalam membentuk landskap ekonomi Greater KL.

“Selain itu, sains hayat, penjagaan kesihatan dan teknologi perubatan menyumbang kepada enam peratus daripada penciptaan pekerjaan, dengan perkhidmatan kewangan menyumbang lima peratus lagi,” katanya di sini, semalam.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, aliran masuk FDI tertinggi Malaysia bagi 2023 mencerminkan keyakinan baharu pelabur terhadap prospek pertumbuhan Malaysia.

Katanya, ini seperti yang digariskan oleh hala tuju dasar strategik Kerajaan Perpaduan dan Pembaharuan perindustrian MITI.

“Tumpuan kami pada pelaksanaan juga telah menyaksikan purata kadar pelaksanaan projek pelaburan sebanyak 85 peratus dalam beberapa tahun kebelakangan ini, sambil kami terus memudahkan perjalanan pelabur.

“Agensi MITI, InvestKL, telah memainkan peranan penting dalam usaha keseluruhan untuk meningkatkan Malaysia daya saing di peringkat global.

“Dalam pada itu, turut mendorong ke arah masa depan yang dikuasakan oleh teknologi, amalan mampan, pelaburan berkualiti tinggi dan peluang pekerjaan mahir untuk rakyat kita,” ujarnya.

Tambah InvestKL, 2023 menandakan tahun paling cemerlangnya dengan jumlah keseluruhan pelaburan sebanyak RM29.79 bilion sejak penubuhannya pada 2011.

Sehingga kini, sebanyak 66 peratus daripada pelaburan atau RM19.74 bilion telah dilaksanakan, membawa kepada penciptaan lebih 27,000 pekerjaan eksekutif. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN