Inflasi meningkat kepada 1.8% pada Februari

Inflasi meningkat kepada 1.8% pada Februari

SUBKUMPULAN beras antara yang merekodkan peningkatan dan penyumbang kepada kenaikan inflasi pada Februari 2024. – GAMBARA HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Inflasi Malaysia meningkat 1.8 peratus pada Februari 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.1 berbanding 129.8 pada bulan yang sama tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Peningkatan inflasi pada Februari didorong oleh peningkatan perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (2.7 peratus); rekreasi, sukan dan kebudayaan (1.6 peratus) dan pengangkutan (1.2 peratus). 

Sementara itu, kumpulan utama lain merekodkan peningkatan lebih perlahan termasuk restoran dan perkhidmatan penginapan (2.9 peratus), kesihatan (2.2 peratus), makanan dan minuman (1.9 peratus) dan pendidikan (1.5 peratus). 

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, peningkatan bagi perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (Januari: 2.0 peratus) disumbangkan oleh subkumpulan utama bekalan air dan pelbagai perkhidmatan berkaitan dengan rumah kediaman pada 29.7 peratus (Januari: 9.3 peratus). 

Katanya, ini berikutan pelaksanaan pelarasan tarif air mengikut Mekanisme Penetapan Tarif (TSM) bagi kategori pengguna domestik di Semenanjung Malaysia dan Labuan yang berkuatkuasa 1 Februari lalu. 

“Peningkatan inflasi pengangkutan disumbangkan oleh subkumpulan utama pengurusan peralatan pengangkutan persendirian yang meningkat 1.3 peratus (Januari: 1.2 peratus) dan perkhidmatan pengangkutan awam 1.7 peratus (Januari: -4.5 peratus).

“Kumpulan makanan dan minuman yang menyumbang 29.8 peratus daripada keseluruhan wajaran Indeks Harga Pengguna (IHP) mencatatkan peningkatan lebih rendah iaitu 1.9 peratus pada Februari (Januari: 2.0 peratus). 

“Subkumpulan utama makanan di rumah meningkat 0.5 peratus pada bulan Februari (Januari: 1.1 peratus),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, subkumpulan utama makanan di luar rumah meningkat kepada 3.5 peratus berbanding 3.1 peratus yang direkodkan pada Januari. 

Jelasnya, peningkatan inflasi kelas perbelanjaan bijirin dan produk bijirin kepada 2.5 peratus pada Februari disumbangkan oleh beras wangi import dan beras basmati yang masing-masing meningkat sebanyak 6.3 peratus (Januari: 6.6 peratus) dan 1.0 peratus (Januari: 2.1 peratus). 

“Tepung gandum menurun kepada negatif 4.3 peratus (Januari: -3.8 peratus). Inflasi kelas perbelanjaan susu, produk tenusu lain dan telur mencatatkan peningkatan sebanyak 2.3 peratus pada bulan Februari (Januari: 2.5 peratus),” ujarnya.

Sementara itu, Mohd Uzir Mahidin berkata, berhubung dengan inflasi di peringkat negeri, kebanyakan negeri merekodkan peningkatan di bawah paras inflasi nasional 1.8 peratus. 

“Walau bagaimanapun, lima negeri merekodkan peningkatan melebihi paras inflasi nasional iaitu Pulau Pinang (2.7 peratus), Pahang (2.4 peratus), Selangor (2.1 peratus), Perlis (2.0 peratus) dan Sarawak (1.9 peratus). Kesemua negeri mencatatkan peningkatan inflasi makanan dan minuman. 

“Peningkatan tertinggi dicatatkan oleh Putrajaya (3.2 peratus), diikuti oleh Selangor (3.0 peratus), Pulau Pinang (2.5 peratus), Labuan (2.3 peratus), Sarawak (2.2 peratus), Perlis (2.2 peratus) dan Pahang (2.1 peratus). 

“Sementara itu, negeri-negeri lain menunjukkan peningkatan di bawah paras inflasi makanan dan minuman nasional iaitu 1.9 peratus pada Februari,” jelasnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya