Dr Cute labur RM30 juta teroka bidang stem sel

Dr Cute labur RM30 juta teroka bidang stem sel

MAJLIS MoU yang melibatkan Dr. Cute International Sdn Bhd dan Cell Tissue Technology baru-baru ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak RM30 juta akan dilabur syarikat produk kecantikan kulit tempatan Dr Cute International bagi menjalankan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang kejuruteraan sel stem tisu.

Pengasasnya, Dr Abdullah Alias berkata, penyelidikan dan pembangunan  itu akan melibatkan kerjasama selama tiga tahun dengan Cell Tissue Technology iaitu firma kejuruteraan tisu pertama yang ditubuhkan pada tahun di Malaysia oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Menurutnya, usaha tersebut dilakukan bagi memartabatkan industri kosmetik selain  muncul sebagai pelopor industri teknologi perubatan maju di negara ini.

“Sebelum ini apabila disebut produk kecantikan tempatan, ia sinonim tidak dan mengandungi merkuri.

“Namun segelintir masyarakat kini mula sedar tentang bahaya produk merkuri dan beralih ke produk kecantikan secara selamat dan selari dengan kesedaran itu, Dr Cute sentiasa berinovasi untuk menghasilkan produk penjagaan kulit yang premium dan mampu dimiliki oleh setiap orang.

“Pada masa sama, kita perlu sedar industri kosmetik negara ini masih jauh ketinggalan dengan negara lain dan kerjasama ini diharapkan dapat menerajui bidang kecantikan dan kesihatan agar kualiti bukan sahaja setaraf dengan produk antarabangsa malah jauh ke depan,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Abdullah yang juga bekas doktor perubatan am berkata, pihaknya komited untuk membantu meningkatkan lagi kualiti produk tempatan sekaligus membantu memberi kesedaran kepada ramai rakyat negara ini mengenai produk bebas merkuri.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN