PETALING JAYA: Pakar penjagaan kesuburan, Alpha IVF Group Berhad (Alpha IVF Group) dan anak syarikatnya mencatatkan keuntungan bersih yang boleh diagihkan kepada pemegang saham (PATMI) sebanyak RM25.3 juta bagi enam bulan pertama berakhir 30 November 2023. Menurut kenyataannya, kumpulan merekodkan hasil sebanyak RM80.1 juta bagi tempoh yang sama. Memandangkan kumpulan belum lagi menjadi entiti tersenarai awam, tiada angka perbandingan bagi tempoh sama pada tahun sebelumnya. Pada tahun kewangan sebelumnya berakhir 31 Mei 2023, kumpulan mencatatkan hasil RM137.5 juta dan PATMI sebanyak RM53.2 juta. PATMI pada tahun kewangan 2023 termasuk keuntungan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya