KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan menguatkuasakan Akta Syarikat (Pindaan) 2024 pada 1 April ini bagi memperkukuh kerangka rehabilitasi korporat dengan memudah cara syarikat yang menghadapi masalah kewangan. Bagaimanapun, pindaan ini tidak melibatkan Seksyen 4, 14, 26 dan 28 yang diumumkan pada satu tarikh kelak. Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, akta tersebut bagi menambah baik peruntukan-peruntukan di bawah Akta…