PETALING JAYA: Zantat Holdings Berhad (Zantat) memeterai perjanjian taja jamin dengan M & A Securities Sdn. Bhd. (M & A Securities) untuk penyenaraian di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Securities). Zantat dalam kenyataan berkata, tawaran awam permulaan (IPO) melibatkan Terbitan Awam sebanyak 56.0 juta saham baharu (saham terbitan), mewakili 20.0 peratus modal saham diperbesarkan Zantat dan Tawaran bagi Jualan sebanyak 16.8 juta saham sedia ada secara Penempatan Persendirian…










