PETALING JAYA: Untung bersih EP Manufacturing Berhad (EPMB) pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 (TK2023), melonjak lebih daripada 50 kali ganda kepada RM20.22 juta daripada RM0.40 juta tahun sebelumnya, tertinggi sejak 2014. Pendapatan yang dicatat melepasi RM600 juta untuk pertama kalinya, dibantu oleh permintaan kukuh untuk produk Kumpulan. Hasil Kumpulan ialah RM648.00 juta, 25.5 peratus lebih tinggi tahun ke tahun (y-o-y). Bagi suku keempat berakhir 31 Disember 2023 (4Q…