PETALING JAYA: Pusat Pemprosesan Makanan Inovatif milik Universiti Malaysia Terengganu (UMT ) berupaya mengeluarkan pelbagai produk makanan inovatif yang berkualiti dan dijamin halal. Menurut UMT, pembukaan pusat itu bagi menyokong usahawan bidang penghasilan makanan mengeluarkan produk makanan baharu seperti Lasagna Daging, Jus Melon Manis Terengganu dan MMT Ice Cream. Katanya, selain menghasilkan produk makanan terkini, pusat itu juga berperanan sebagai `hab’ bagi penganjuran program latihan pembuatan produk makanan untuk melahirkan…










