Tropicana catat pendapatan RM1.51 bilion 2023, meningkat 60.7%

Tropicana catat pendapatan RM1.51 bilion 2023, meningkat 60.7 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tropicana Corporation Berhad (Tropicana) melaporkan hasil kewangan yang belum diaudit bagi suku keempat berakhir 31 Disember 2023 (TK2023) berjumlah RM1.51 bilion, rekod tertinggi dalam tempoh tiga tahun.

Tropicana dalam kenyataan berkata, pendapatan itu meningkat sebanyak 60.7 peratus dari RM942.6 juta pada tahun sebelumnya disebabkan oleh peningkatan dalam penilaian kemajuan projek-projek utama di Lembah Klang, Wilayah Selatan dan Utara beserta dengan pelupusan tanah.

Kumpulan itu berkata, segmen pelaburan harta tanah, rekreasi, dan resort Kumpulan juga mengalami peningkatan ketara yang dibuktikan dengan peningkatan kadar okupansi hotel-hotel yang dimiliki.

“Pada TK2023, Kumpulan mencatatkan kerugian sebelum cukai (LBT) sebanyak RM98.1 juta iaitu 79.2 peratus dari tahun sebelumnya, termasuk 30 peratus peruntukan kerugian yang dapat diramalkan dan bahagian kerugian daripada syarikat berkongsi.

Selain itu, katanya, Tropicana berinisiatif untuk ‘monetise’ tanah dan harta tanah pelaburan serta latihan rasionalisasi kos bertujuan meningkatkan kedudukan kewangannya.

Dalam pada itu, kekuatan kewangan Tropicana terus meningkat dengan kadar hutang kasar menurun dari 0.87 kali pada TK2022 kepada 0.74 kali pada TK2023.

Katanya, Kumpulan yakin akan terus mengukuhkan kehadiran pasaranya dan menyumbang kepada pendapatan masa depan dengan sokongan jualan belum di bill yang tinggi sebanyak RM2.5 bilion dan jualan harta sebanyak RM1.4 bilion.

“Ini disokong oleh tujuh pembangunan baru dijadualkan bernilai GDV anggaran RM4 bilion pada 2024 serta penyerahan kosong yang akan menambah pendapatan Kumpulan,” ujarnya.

Dalam aspek suku tahunan pula, pendapatan Kumpulan pada Q4 2023 adalah sebanyak RM390.5 juta meningkat sebanyak RM204.3 juta atau 109.7 peratus, berbanding suku sama tahun sebelumnya (Q4 2022: RM186.2 juta).

Sementara itu, Kumpulan itu turut mencatatkan LBT yang lebih rendah sebanyak RM124.7 juta, peningkatan sebanyak 67.2 peratus berbanding suku sama tahun sebelumnya.

Mengulas prospek 2024, Tropicana akan terus mendapatkan daya tarikan di pasaran dan akan melancarkan pembangunan-pembangunan yang bernilai GDV anggaran RM4 bilion.

Kumpulan itu berkata, simpanan tanah Tropicana meliputi 1,842 ekar dengan GDV potensi sebanyak RM120 bilion yang menempatkannya pada kedudukan yang baik untuk memberikan prestasi mampan dalam beberapa tahun akan datang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN