Toyota ganti Presiden Daihatsu susulan skandal ujian keselamatan

Toyota ganti Presiden Daihatsu susulan skandal ujian keselamatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Toyota Motor Corp mengumumkan peletakan jawatan Presiden dan Pengerusi  Daihatsu Motor berikutan skandal ujian keselamatan syarikat automotif itu.

Menurut laporan AP, pelantikan Presiden baharu, Naib Presiden Eksekutif dan Pengarah menyerlahkan keazaman Toyota untuk memainkan peranan utama dalam pembaharuan anak syarikat 100 peratus miliknya itu.

Ketua Eksekutif Toyota, Koji Sato berkata, Ketua Pegawai Eksekutif Toyota untuk wilayah Amerika Latin dan Caribbean, Masahiro Inoue akan menggantikan Soichiro Okudaira sebagai Presiden Daihatsu berkuat kuasa 1 Mac ini.

Inoue menggantikan Soichiro Okudaira, yang meletak jawatan.

Pengerusi Daihatsu, Sunao Matsubayashi juga meletak jawatan, manakala dua pengarah lain meninggalkan Lembaga Pengarah tetapi mengekalkan jawatan mereka di syarikat itu.

Masanori Kuwata kini di Lexus International Co., jenama mewah Toyota Motor Corp., menjadi Naib Presiden Eksekutif Daihatsu, di bawah perubahan yang diumumkan pada Selasa.

Keiko Yanagi iaitu Timbalan Ketua Pegawai di Toyota dinamakan sebagai Pengarah di Daihatsu.

Inoue yang meminta maaf kepada pelanggan, pembekal dan pengedar Daihatsu berkata, beliau tahu bagaimana menjadi pendengar yang baik untuk memenangi kepercayaan orang ramai kerana bekerja di luar negara selama beberapa dekad.

“Kami akan menjadikan hati kami satu dan menyasarkan untuk permulaan baharu,” kata Inoue.

Inoue berkata, rancangan perniagaan akan didedahkan pada April, termasuk hala tuju pengurusan baharu.

Kerajaan Jepun telah mengarahkan pengeluaran dihentikan pada pelbagai model Daihatsu sehingga ujian dapat dijalankan dengan betul dan diluluskan.

Syarikat berkata, beberapa pengeluaran telah disambung semula tetapi kerja pada model lain akan mengambil masa.

Tiada kemalangan besar telah dilaporkan berkaitan dengan penipuan itu, tetapi berita tersebut telah menimbulkan persoalan serius mengenai pengawasan di Daihatsu dan syarikat induknya, Toyota. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN