PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji (TH) menyumbang RM1 juta bagi Program ‘Pusat Audiometrik Bergerak (Mobile Hearing)’ yang pertama dengan kerjasama Yayasan Pelangi Malaysia (YAPEL) untuk membantu para asnaf yang mempunyai masalah pendengaran. Menurut kenyataannya, program bersepadu ini merangkumi tiga aspek utama iaitu penyediaan Pusat Audiometrik Bergerak, program saringan dan pemberian alat bantuan pendengaran untuk asnaf. Pusat Audiometrik Bergerak telah memulakan siri jelajahnya bermula tahun lepas dan mensasarkan sekurang-kurangnya 500 saringan…










