Teroka Majubina bina Kompleks Limbungan Kapal Hibrid di Pahang

Teroka Majubina bina Kompleks Limbungan Kapal Hibrid di Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Teroka MajuBina Sdn. Bhd. meterai memorandum persefahaman (MoU) bersama Spartan Maritime (M) Sdn. Bhd. dan Royal HaskoningDHV untuk pembinaan Kompleks Limbungan Kapal Hibrid di Tanjung Agas, Pekan, Pahang bernilai sekitar RM12 billion.

Spartan Maritime dan Royal HaskoningDHV akan menyediakan perkhidmatan konsultansi kepada Teroka Majubina.

Naib Pengerusi Teroka MajuBina, Datuk Ts (Dr.) Abd Radzak dalam kenyataan berkata, MoU itu satu kemajuan penting dalam merealisasi dan menjayakan objektif pembangunan Kompleks Limbungan Kapal Hibrid.

Beliau berkata, pihaknya yakin projek Kompleks Limbungan Kapal Hibrid akan berjaya, sekali gus mencapai matlamat yang disasarkan dengan khidmat nasihat daripada Royal HaskoningDHV yang merupakan di antara firma konsultan marin terulung di dunia.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Spartan Maritime, Zulkurnain Ayub berkata, pihaknya bangga untuk bersama Teroka MajuBina dan Royal HaskoningDHV dalam merealisasikan pembinaan Kompleks Limbungan Kapal Hibrid di Tanjung Agas.

“Kami mempunyai kepakaran dan pengalaman yang luas, khususnya dalam kajian rancangan spatial marin menggunakan pendekatan data dan sains yang diperlukan dalam membangunkan kompleks itu,” katanya.

Mengulas gandingan itu, Ketua Pegawai Operasi Asia Pasifik Royal HaskoningDHV, Leonid Gavrilchik berkata, pihaknya juga yakin Kompleks Limbungan Kapal Hibrid yang dirancang akan merancakkan ekonomi Malaysia.

“Gandingan tiga pihak Spartan Maritime-Royal HaskoningDHV-Teroka MajuBina akan membawa anjakan lebih kukuh dalam membangunkan Komplek Limbungan yang sedang dirancang,” katanya.

Malah menurut beliau, pihaknya bersedia untuk berkongsi khidmat nasihat untuk menjayakan projek itu yang bukan sahaja memajukan Malaysia, malah ia akan membawa manfaat kepada pasaran maritim global.

Untuk rekod, Teroka MajuBina kini dalam proses perancangan pembinaan Kompleks Kapal Hibrid di Tanjung Agas, dijangka mula beroperasi pada Jun 2025.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×